-->

Isnin, Oktober 18, 2010

Aku Ingin Ke Syurga

Tontoni cerekarama pada 30.10.10, Sabtu jam 10 malam diTV3

Mengisahkan tentang HANAFI, seorang remaja yang telah tersasar jauh daripada norma kehidupan biasa antara ibu dan anak. Seorang anak yang mementingkan diri sendiri. Terpengaruh dengan rakan sebaya dan bersikap amat biadab terhadap ibunya, RABIAH. Tidak dapat menerima hakikat kehidupan mereka yang agak susah dan seadanya. Sebolehnya-bolehnya dia mahu ibunya menyediakan apa saja kehendak dan keperluannya tanpa mengira bagaimana cara sekalipun untuk mendapatkannya.

Suatu hari dia melarikan diri dari kampung kerana menyangka dia telah membunuh ibunya secara tidak sengaja ketika bergelut memaksa ibunya mengikut dia ke bandar untuk mengeluarkan simpanan ibunya untuk membeli motosikal baru.

Pada asalnya Hanafi adalah seorang anak yang baik. Cuma dia berubah setelah berlaku tragedi buruk dalam keluarga. Beberapa tahun sebelum itu rumah mereka terbakar. Hanafi berjaya menyelamatkan adik-adik dan ibunya kecuali ayahnya. Ayahnya meninggal dunia ketika cuma menyelamatkan nyawa ibunya. Hanafi tidak berapa rapat dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang panas baran dan suka memukul apabila marah.Kadang-kadang dia lebih suka ayah mati daripada berdepan dengan keberangannya setiap hari. Namun kematian ayahnya mewujudkan dilema baru dalam kehidupannya. Benci dan marah serta rasa bersalah berbaur menjadi satu. Mulai hari itu dia mula berubah, bercampur dengan budak-budak liar sebagai pelarian daripada perasaan yang bercelaru itu.

Hanafi meneruskan kehidupannya di bandar dengan pelbagai kegiatan haram. Kehidupannya bergelumang dosa. Bersultan di mata, beraja di hati. Bermula sebagai kaki ragut kemudian terlibat dengan kegiatan samseng yang kemudiannya terseret dengan sindiket pelacuran. Selama 15 tahun dia bergelumang dengan kejahatan dan kemaksiatan. Selama itu jugalah ibunya tidak pernah putus mendoakan agar dia selamat dan akan kembali semula kepangkal jalan.

Kehidupan Hanafi berubah ke fasa ketiga apabila dia mula batuk dan sakit-sakit dan tubuhnya mulai ditumbuhi kudis. Suatu hari, pertama kali dalam kehidupannya, suara azan yang selama ini saban hari tidak dipedulikan bergema dari masjid berhampiran, kediamannya mampu menggamit keinsafannya sehingga mengalirkan airmata. Tiba-tiba dia teringat pada ibu dan adik-adiknya. Mengenang semula perbuatan dan sikap buruknya terhadap mereka.

Sebelum pulang ke kampung, dia menjual rumah serta semua harta bendanya. Dia melunasi hutang-hutang para peminjam wang yang pernah teraniaya olehnya. Melepaskan pelacur-pelacur yang telah terjerumus ke lembah kemaksiatan atas tipu dayanya. Perbuatannya itu membuatkan dia dibelasah hampir mati oleh orang-orang bossnya.

Kerinduan terhadap ibu dan adik-adik membawa dia kembali ke kampung. Ketika ini tahap kesihatannya semakin buruk dengan keadaan hampir lumpuh dan tidak berdaya.

Namun kasih-sayang seorang ibu tiada siapa mampu menandingi kebencian dan kemarahan. Walaupun ditentang oleh anak-anaknya yang lain, Husni dan Husna dengan mengingatkan betapa buruk layanan Hanafi terhadap mereka selama ini, Rabiah tetap berkeras mahu menjaga Hanafi.

Kepulangan Hanafi menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat. Ada yang bersimpati namun ramai juga yang jijik dan menjauhkan diri. Malah ketika Rabiah mengadakan majlis bacaan yaasin di rumahnya, semua orang berpakat untuk mengadakannya di halaman rumah Rabiah kerana tidak tahan dengan bau busuk daripada kudis dan tubuh Hanafi yang memang amat meloyakan.

Dengan keadaan penyakit yang azab dan amat menyedihkan, Pak Imam memberikan panduan kepada Rabiah agar redha dan mengampunkan segala dosa Hanafi terhadapnya. Begitu juga Pak Imam memberi keyakinan kepada Hanafi yang sedang nazak bahawa limpahan kasih Allah tidak pernah berhenti sebelum nyawa bercerai dari badan.Pak Imam meminta Hanafi memohon maaf daripada semua orang yang pernah dia sakiti supaya dia tidak berhutang dosa dengan sesiapa lagi. Kerana dosa kepada Allah, sudah pasti Allah itu Maha Pengampun. Namun dosa terhadap sesama manusia tidak akan terhapus selagi individu yang terlibat tidak memaafkan.Oleh kerana dia sudah tidak berdaya ke mana-mana, dia menyenaraikan kepada Pak Imam nama-nama dan alamat dan nombor telefon individu yang dia ingin berjumpa dan memohon maaf sebelum menutup mata.

Dalam keadaan terlantar begitu, barulah Hanafi mengerti dan menyedari betapa besarnya kasih-sayang seorang ibu. Dan betapa besarnya kasih-sayang dan keampunan Allah terhadap hambaNya meskipun hayat telah hampir sampai ke penghujungnya. Betapa pentingnya kemaafan sesama manusia untuk melepaskan diri daripada seksa dunia dan akhirat juga.

Dengan kehendak Allah, Hanafi pulang ke rahmatullah dalam keadaan yang bersih. Tubuhnya yang selama ini berkudis, gugur segala kudisnya ketika dimandikan, menjadikan kulit wajah dan tubuhnya bersih tanpa cacat cela. Orang-orang yang mengumpat mengata tentang kudis dan sakit serta dosa-dosa Hanafi selama ini, yang amat ghairah dan sudah bersedia untuk bercerita tentang kematian yang tragis melopong tidak terkata apa.

Kematian Hanafi memberikan kesedaran kepada mereka bahawa sejahat manapun manusia, selagi nyawa masih di badan, pintu keampunan Allah sentiasa terbuka. Sedangkan Allah Maha Pengampun, sedangkan Nabi mengampuni umatnya, inikan pula kita sesama manusia yang selayaknya saling memaafkan serta membuang segala buruk sangka dan hasad dengki sesama manusia.

Your Life... Your choice...

Buat renungan kita bersama..

Berkongsi Doa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Terharu saya apabila menyedari bahawa entri doa harilahir saya ramai yang membaca lalu ingin berkongsi doa tersebut  di blog masing-masing. Secara peribadi tulus dari hati...silakanlah. Bukankah berbagi doa dan saling berkongsi perasaan dan kesedaran itu tidak mendatangkan sebarang kerugian.

Doa itu sesungguhnya doa yang datang tulus dari lubuk hati saya, yang menggerakkan jari untuk menzahirkan  lewat perkataan. Saya menulis dengan penuh rasa terharu, insaf serta beriring deraian airmata. Oleh kerana blog saya ini merupakan blog peribadi dan saya agak kekurangan masa untuk saling berkomunikasi dengan bloggers yang lain, saya tidak menyangka rupa-rupanya banyak ulasan dan permintaan untuk berkongsi doa tersebut.

Kepada mereka yang pernah meminta copy paste doa tersebut, saya memohon maaf kalau saya tidak respon kepada permintaan anda. Oleh kerana entri tersebut entri lama, saya agak terlepas pandang pada komen serta respon yang saya terima. Namun di sini saya dengan ikhlas memberikan keizinan kepada sesiapa saja yang ingin berkongsi doa tersebut selagi tiada yang mengakui bahawa doa itu adalah doa mereka sendiri. Dan sekiranya sudi, berilah sedikit penghargaan dengan mentag blog saya ini di mana doa itu diambil. Bukan untuk bermegah...sekadar untuk mempertahankan keaslian doa tersebut. Ini cumalah permintaan, bukan paksaan :) Terima kasih.

Terima kasih atas respon anda semua. Yang indah semuanya dari Allah. Saya hanyalah sekadar hambaNya yang hina. Wassalam.

Rabu, Oktober 13, 2010

Berdoalah Kepada Ibu Bapa

Pesanan Dato' Dr. Fadzilah Kamsah..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa    (walaupun  ada ibu bapa yang leka, doakan     agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua       kita , termasuk guru2 kita dan      mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan   disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari - Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan,     kesihatan, kasih sayang, ilmu   dsb nya..)

Berusaha dan bertawakal.....Insya'allah.

Sumber diperolehi dari :
PerMaTaHaTiku::QaSyaEriL::

Selasa, Oktober 12, 2010

Surat Cinta @ Protes Cinta? :p

Saya terbaca entri ini ketika bersiar-siar lalu tidak sengaja tersinggah di blog keynote siang tadi. Setelah tertarik membacanya maka saya ingin berkongsi dengan anda luahan kekasih kepada kekasihnya ini. Semoga terhibur dan mampu membuat anda tersenyum.

“Valentine hari tu ayang tanya tang mane
kite sayang kat ayang. Time
tu kite tak dapat nak jawab. Semalam
ayang merajuk ngan kite, kite dah
penat nak layan. Ayang call kat kite
kite malas nak jawab. Tang mane
erk kite sayang kat ayang? Semalaman
kite duk pk soalan tu. Pernah ke?
Maybe tak sedalam cinta Titanic atau Taj
Mahal. Sayang kite kat ayang
sangatla kerdil. Sebab tu la ayang
selalu merajuk erk? Tak tahula,
setahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiap
sem kite dapat Anugerah Dekan.
Bile dah kenal ngan ayang, setiap sem
kite repeat paper. Sebelum kenal
ngan ayang kite belajar pakai duit
biasiswa, lepas kenal ngan ayang,
keluar makan lagi nak mintak duit ngan
emak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi je
kat ayang Kalau ade 2 buah
epal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makan
tang badan ikan tu, kite pula
makan tang kepala ikan tu je.

4. Ayang ni tak la cun sangat, tapi kite
tak pernah kutuk ayang tak
cun. Tapi kite yang hensem ni ayang lagi
nak kutuk ngan member depan
kite, kata kite tak hensem langsung.
Eera Fazira berlalu depan mata,
kite diam je. Takut kalau puji kang
ayang marah. Mat Indon duk depan
Sogo ayang gi ngorat time kite gi
tandas. Siap mintak nombor tepon
depan kite lagi.

5. Kalau keluar ngan ayang, ayang slambe
nak makan Starbucks, kite
tipu kite dah kenyang, padahal bile dah
sampai kat umah kite makan mee
maggi.

6. Sebelum kenal ngan ayang., kite tak
pernah ade girlfriend. Selepas
ayang kenal ngan kite, genaplah koleksi
ayang ada 20 boyfriend
kesemua nya. Kite tak pernah marah ayang
plagirl, dah tu ayang kata
kite cam sami buddha.

7. Kalau ayang rasa nak cium kite, ayang
cium terus tak pernah tanya
pun. Tapi bile kite rasa nak cium ayang,
lepas tanye lagi nak kene
reject.

8. Ayang selalu pukul dada kite, tampar
muka kite, cubit peha kite,
kite tak pernah tengking sekali pun,
apatah lagi nak cubit, nak
tampar, nak pukul?

9. Pernah ayang tanya kalau ayang jatuh
cinta ngan laki lain, kite nak
buat ape. Kite kate kite nak bunuh laki
tu. Tapi bile kite tanya kalau
kite jatuh cinta kat pompuan lain, ayang
nak buat ape, ayang kata nak
bunuh kite, emak kite, ayah kite ngan
nenek kite.

10. Kite beli mask Clinique ngan ayang
harga RM300 kite kate harga
RM30. Ayang beli jam tangan kat kite
harga RM30 ayang kate harga
RM300.

11. Setiap kali berjumpe kite bagi
hadiah kat ayang, tapi setiap tahun
birthday kite ayang kate dah lupe.

12. Kite rosakkan headphone walkmen
ayang, kite ganti satu discman
baru. Ayang rosakkan kerete kite, ayang
buat derk je.

13. Sekali ayang demam, kite kene diet
2kg nak jaga ayang. Sekali kite
demam, ayang tambah berat 2kg sebab
abiskan makanan kite.

14. Kite tak pernah kata ayang pendek,
ayang marah kite tinggi sangat,
member ayang ketawakan ayang.

15. Ayang datang umah kite, kite tido
sofa, kite datang umah ayang,
kite gak yang tido kat sofa.

16. Mak kite belikan rantai Tiffany ngan
ayang. Mak ayang tak pernah
ajak kite makan kat umah ayang walau
sekalipun.

17. Kucing umah kite bersalin, kite bagi
anak kucing yang paling cute
kat ayang, 2 hari je ayang bela, kucing
tu dah mati. Ayang tak kate pa
pe pun. Ayang bagi ikan emas yang dah
dekat mati kat kite, 2 hari kite
bela dah mati. Ayang kata nak bunuh
semua anak kucing kite.

18. Ayang kalau nak pakai duit kite,
terus ambil takyah bagitau. 30 ke
80 ke seratus ke selagi wallet kite ade
duit. Aritu kite nak pinjam 10
ringgit sebab terlupe bawa wallet, ayang
kate kite kedekut.

19. Birthday ayang kite tak pernah
terlupe. Birthday kite arini ayang
tak pernah ingat.


Catatan:  Untuk anak-anak muda kita...tak usahlah bervalentine-valentine, bukan budaya kita. Kaji asal-usul  sesuatu perayaan sebelum meraikannya. Janganlah cium mencium mahupun bertepuk-bertampar kerana itu adalah dosa kerana kekasih bukanlah muhrim selagi belum diijabkabulkan. Bila kita menjaga kehormatan diri, dengan sendirinya kita akan dihormati. Insya'allah.

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~