-->

Sabtu, Julai 19, 2008

Usia...


Duduk berlunjur di tangga...pandangan lurus ke pintu pagar yg tertutup rapat. Pokok rambutan gading yg ditanam oleh arwah bapa sedang menguning, tapi buahnya tak selebat tahun lalu. Pokok rambutan 'kecet' di sebelah kananku masih belum berbunga. Rambutan lonjong yg merah dan lekang dan selalunya tak berbiji ini selalu menjadi rebutan kami adik beradik ketika kecil dahulu. Pantang mencelah, pantang merah sikit bulunya,pasti akan hilang buahnya. Pat pat nya... sapa cepat dia punya :)

Tangga batu merah tempat aku berlujur ini terlalu banyak kenangannya. Di sinilah kali terakhir aku dibelasah oleh bapaku dengan sarung benet. Puncanya? Tak silap aku, sebelum itu aku bergaduh dengan abangku B. Aku dgn abang B memang macam anjing dan kucing sejak kecil. Dia memang macam anti sangat dgn aku. Apa yang aku buat semua tak kena. Semua salah belaka. Kadang-kadang aku rasa dia tak suka aku menjadi adiknya. Maklumlah... kecik-kecik dulu aku ni hodoh, hitam, buruk. Tak macam adik beradikku yang lain. Kakakku putih melepak, menjadi rebutan dan di gelar Ratu Kampung. Manakala abang-abang aku pula semuanya kacak-kacak dan cerah belaka. Malah keluarga kami digelar 'keluarga cantik'. Arwah mak cantik, arwah bapa walau hitam manis tapi hensem ;). Aku sorang je yang buruk :( Btol!

Aku masih ingat waktu kecil dulu aku selalu tersinggung dengan gurauan abang-abangku yang ketika itu hampir aku mempercayai segala sendaan mereka. "Kau tu sebenarnya anak keling. Mak ngan apak jumpa kau lam keta lembu. Mak ngan apak kesian tengok kau bergelumuih ngan taik lembu tu, tu sebab mak ngan apak bawak kau balik, bela macam anak sendiri."

Pernah beberapa kali aku tanyakan pada arwah mak, "Mak, betul ke adik ni bukan anak mak ngan apak, betul ke adik ni anak keling?'" Maka mak akan mejawab dengan tegas, "Kau dengar sangatlah cakap diorg tu. Mak yang beranakkan kau. Mak sendiri yang keluarkan kau dari *tuttt* mak ni. Buat tak tau je apa diorang cakap. Makin marah kang makin dibuatnya, diam je. Penat mulut diorg bercakap kang, kita cakap pasal *tuttt* diorag pula!" Hahahaha.

Namun kenyataannya, aku hanya akan terpujuk seketika sahaja. Apabila mereka mengejek-ejek aku semula, aku akan kembali mempercayai aku ni anak pungut. Sebab aku buruk, aku gelap...aku gemuk, aku huduh,aku itu, aku ini! Huhuhuhu.

Masa aku kekecik aku takde tempat nak mengadu. Masa aku darjah 1, akak aku kawin. Tapi sebelum tu aku memang x berapa rapat dgn akak. X tau kenapa. Mungkin sebab aku huduh kot, akak x suka dengan aku? Tapi yang nyata, akak lebih rapat dengan abang J,abangku yang no 5, yg tua 2 tahun dariku.

Aku kekecik dulu kan suka nyanyi. Ehehehe. Ada jugak la cita-cita nak jadi penyanyi.Tapi memandangkan wajah dan fizikal aku ni tidak memungkinkan aku menjadi penyanyi, apatah lagi nyanyianku juga sumbang mambang, banyak pitching lari...lalu aku beralih cita-cita ingin menjadi pemuzik. Ingin menjadi pemain biola pertama wanita yang bermain dengan orkestra RTM. Malah bercita-cita besar nak jadi konduktor muzik wanita pertama di Malaysia. Cehwah!

Tapi waktu tu di corok kampung ni manalah ada guru muzik. Di pekan pun manalah ada kelas muzik. Kalau ada, mahal biayanya. Manalah bapaku bekas polis pencen yang pencennya hanya RM60 sebulan waktu itu mampu. Sedangkan 9 mulut harus disuap tiap hari. Nasib baiklah waktu itu kami bersawah. Hasil padi memang mencukupi malah berlebihan untuk menampung perut kami sampai musim seterusnya.

Belanja sekolah kami dapat hasil torehan getah mak ngan apak. Lauk tak payah beli sangat. Sekali menimba lubuk di sawah boleh buat makan 2 3 hari. Selain daripada itu, kami ada membela ayam itik. Kalau xde lauk, sembelihlah ayam ke itik ke. Kami juga ada membela itik angsa. Aku tak suka betul angsa-angsa tu sebab suka sangat mengejar aku! Pernah sekali aku hampir memulas lehernya kerana geram. Tapi...aku suka makan telur angsa yang arwah mak asinkan. Paling best sebab bahagian kuning telur tu besar, puas makan. Hehehe.

Kami memang bukan orang senang. Jauh sekali daripada makan atau berpakaian cantik atau mewah. Tapi kami cukup makan...dan kami bahagia. Waktu kecil, makan kami bercatu. Maksudnya, kami boleh makan nasi sebanyak mana pun yang kami suka...tapi lauknya memang cukup-cukup seketul sorang untuk makan tengahari dan malam. Kami sembilan beranak, jadi mak akan membeli ikan sebanyak 9 ekor ikan daripada "Cina Gemuk" yang hari-hari datang menjaja ikan di kampung. Sembilan ekor ikan kembung dipotong dua, ada 18 ketul. cukup seketul sorang utk makan tengahari dan malam. Selalunya, mak akan menyimpan ikan untuk makan malam tu di bawah belanga. Sebab kadang-kadang ada yang suka makan banyak kali. Tentu nanti tak cukup untuk makan malam kan? Sebab tu mak selalu asingkan gulai atau lauk untuk makan siang dan makan malam.

Waktu kecil kami susah. Kami 7 beradik cuma tinggal di rumah kecil tanpa bilik. Arwah mak pernah bercerita, ketika dia membasuh pakaian di perigi di depan rumah kami, dia mendengar jiran yang sedang melalui denai di hadapan perigi itu berkata, "Orang ni rumah macam reban ayam." Mak diam aja, memang betul pun kita orang susah, mak kata.Tapi peliknya, aku tak pernah merasakan rumah itu sempit. Mungkin sebab kami hanya berkumpul di dalam rumah ketika makan dan ketika malam sahaja. Selebih waktu banyak kami habiskan di luar rumah, di halaman yang luas. Tanah pusaka arwah mak tu memang luas cuma rumah kami saja yang kecik ehehe.

Aku masih ingat sayur-sayuran rasmi kami waktu itu. Pucuk ubi, pucuk paku, pucuk cemperai, kacang botol, terung, peria, kacang panjang, timun,petola yang hampir semuanya di tanam sendiri oleh arwah mak. Selain daripada itu ada rumput cadar. Rumput cadar ni adalah rumput yang tumbuh di sawah ketika musim merumput (membuang rumput sewaktu pokok padi sedang membesar). rumput cadar tu kalau gulai dengan ikan sawah, perghhh! Sampai menjilat jari. Air tangan mak tak pernah mengecewakan kami. Pendek kata, makan memang tak menjadi soal besar bagi kami. Makan memang cukup dan kami pun sihat walafiat belaka :)Lagipun antara waktu makan tu arwah mak rajin buat kuih utk kami. Arwah mak buat kuih apam, kdg lepat pisang, kdg bingka ubi, kdg bubur kacang, pengat pisang, etc. Memang kami tak pernah kelaparan antara waktu makan tu ketika arwah mak dan apak tinggalkan kami untuk ke sawah.

Setelah arwah bapa pencen, bapa binakan sebuah rumah limas yang disambung daripada rumah lama. Jadi besar jugalah jadinya rumah kami.

Bersambung...

Nota: Letih tau nak ingat semula semua peristiwa lalu ;)

.~Sebelum Mata Terpejam~ ©2006 - 2014. Hakcipta :rafikasastras~Sebelum Mata Terpejam~